Skip to main content

Latihan untuk Penunggang Baharu ,Pekerja Baharu di Syarikat Penghantaran Bermotosikal

Kebanyakan kawasan di dunia, terutamanya di negara membangun, Kenderaan Dua Roda Bermotor (PTW) seperti motosikal, skuter, kapcai, dan basikal elektrik merupakan pengalaman pertama seseorang dengan pengangkutan bermotor. Namun begitu, tidak seperti di negara maju, latihan rasmi yang penting untuk memastikan penunggangan selamat selalunya tidak disediakan atau tidak dijadikan kewajipan.


Kajian berkenaan keselamatan jalan raya secara jelas menyatakan bahawa pendidikan dan latihan untuk menguasai kemahiran pengendalian motosikal adalah sangat penting bagi memastikan penunggangan PTW selamat. Memandangkan 93% daripada kematian jalan raya global berlaku di negara membangun dan PTW merupakan mod pengangkutan bermotor yang paling umum digunakan adalah tidak wajar sekiranya anak-anak muda kita tidak menerima latihan yang sewajarnya sebelum melibatkan diri dalam aktiviti yang terbukti dalam statistik sebagai salah satu punca kematian tertinggi dalam kalangan golongan muda di jalan raya.