Skip to main content

Penghantaran ke Pelanggan & Perkhidmatan E-Hailing

Di banyak kawasan di seluruh dunia, termasuk India serta negara-negara di Asia Tenggara dan Amerika Latin, pengangkutan utama yang digunakan didalam perniagaan untuk menghantar produk adalah dengan menggunakan Kenderaan Dua Roda Bermotor (Powered Two-Wheelers, PTW) seperti motosikal, skuter, kapcai, dan basikal elektrik.

Teknologi sokongan keselamatan yang terbukti berkesan, dikenali sebagai Sistem Bantuan Pemandu Termaju (Advanced Driver Assistance Systems, ADAS), adalah biasa digunakan dalam kereta dan lori. Walau bagaimanapun, ADAS masih belum digunakan secara meluas pada kenderaan dua roda. Begitu juga dengan Sistem Pemantauan Pemandu (Driver Monitoring Systems, DMS) yang biasa digunakan di negara-negara Barat dalam kumpulan yang menggunakan lori, bas, dan van untuk tujuan perniagaan. Namun begitu, penggunaan DMS masih belum berkembang ke dalam sektor penghantaran menggunakan dua roda.

RideHawk™ menawarkan satu penyelesaian inovatif yang menggabungkan ADAS, DMS, Telematik, dan Latihan ke dalam satu platform tunggal yang memberikan kelebihan dari segi logistik dan keselamatan kepada kumpulan kenderaan komersial.